Home / Badminton / KEJOHANAN BADMINTON THAILAND MASTERS 2020 : ZII JIA KANDAS LAGI

KEJOHANAN BADMINTON THAILAND MASTERS 2020 : ZII JIA KANDAS LAGI

Detik sukar sekali lagi ditempuhi pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia apabila kandas seawal pusingan kedua kejohanan badminton Thailand Masters di Bangkok.

Lebih memeritkan Zii Jia tewas kepada pemain kurang ternama dari Korea dalam perlawanan yang berlangsung 3 set.

Tempoh 53 minit menjadi pemisah buat Lee Zii Jia dan Heo Kwang Hee menerusi aksi 3 set yang dilalui.

Tewas set pertama 19-21 Zii Jia berjaya bangkit di set kedua dengan kemenangan 21-15 sebelum tewas dalam set penentuan 16-21.

Kem Malaysia bagaimanapun lega dengan kejayaan dua beregu lelaki dan dua beregu campuran yang berjaya mara ke pusingan suku akhir.

Pilihan keempat kejohanan Goh V.Shem/Tan Wee Kiong tidak berhadapan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-6 21-15 menewaskan pasangan dari Taiwan Liao Min Cun/Si Ching Heng.

Sementara aksi gandingan Ong Yew Sin/Teo Ee Yi berlangsung sengit sepanjang 3 set permainan menentang wakil China Ou Xuan Yi/Zhang Nan.

Tewas 18-21 pada set pertama Yew Sin-Ee Yi mempamerkan semangat lawan sebelum memastikan tempat ke suku akhir menerusi kemenangan 23-21 dan 21-19.

Turut meneruskan kemaraan dua beregu campuran negara Goh Soon Huat/Shevon Lai dan Tan Kian Meng/Lai Pei Jin. Hanya 35 minit diperlukan V Shem-Wee Kiong bagi menyingkirkan pasangan jerman Mark Lamsfuss/Isabel Herttrich dengan kemenangan 22-20 21-15.

Jejak yang sama turut dirakan Kian Meng/Pei Jin yang menang 21-15 21-13 menentang pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah/Serena Kani .