Home / Badminton / KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS 2020 : PERSEORANGAN DAN BEREGU CAMPURAN TEWAS DI PERINGKAT SEPARUH AKHIR

KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS 2020 : PERSEORANGAN DAN BEREGU CAMPURAN TEWAS DI PERINGKAT SEPARUH AKHIR

Cabaran negara di Kejohanan Badminton Malaysia Masters berakhir apabila wakil negara bagi acara perseorangan dan beregu campuran tewas di peringkat separuh akhir.

Peringkat separuh akhir meriah dengan disaksikan oleh lebih kurang 5,000 penonton di Axiata Arena Bukit Jalil.

Aksi pertama membabitkan pemain negara dalam perlawanan pertama menyaksikan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menentang gandingan Wang Yi Lyu dan Huang Dong Ping dari China.

Pasukan negara nyata tertekan apabila tewas mudah di set pertama 10-21. Set kedua seakan-akan sama jalan ceritanya apabila pemenang pingat perak Olimpik Rio terus gagal mengekalkan momentum untuk tewas 13-21 dalam tempuh 33 minit.

Turun selaku pemain bukan pilihan Zii Jia bagaimanapun tampil dengan aksi bertenaga ketika berdepan dengan pilihan utama Kento Momota.

Nyata Momota berada didalam kelasnya yang tersendiri dengan mudah mengutip mata pendahulu hasil kemenangan 21-10 di set pertama.

Harapan untuk melihat wakil negara menjelmakan kebangkita nyata tidak dapat direalisasikan apabila ketinggalan diawal permainan sebelum menyerah kalah dengan mata 21-17 dalam tempoh 24 minit.

Kekalahan ini menyaksikan Momota mengekalkan rekod tanpa kalah keatas Zii Jia dalam enam pertembungan setakat ini.