Home / Badminton / KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS 2020 : KEJUTAN DICIPTA BEREGU CAMPURAN NEGARA

KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS 2020 : KEJUTAN DICIPTA BEREGU CAMPURAN NEGARA

Beregu campuran negara Wei Chong-Pearly Tan mencipta kejutan terbesar dalam karier mereka selepas menewaskan beregu elit nombor 5 dunia Pravin Jordan-Melati Oktavianti sekaligus mara ke pusingan kedua esok.

Walaupun jarang digandingkan bersama Man Wei Chong dan Pearly Tan tampil dengan persembahan membanggakan ketika menentang pilihan kelima dalam pusingan pertama.

Ketenangan dan fokus jelas menjadi azimat buat pasangan ke-89 dunia ini untuk mendahului set pertama 1-0 dengan catatan 21-18.

Memasuki set kedua Pravin-Melati cuba memecah dominasi tuan rumah namun Wei Chong dan Pearly Tan terus cemerlang mengasak dengan aksi bertenaga untuk mencatatkan kemenangan penuh 21-13 dalam tempoh 37 minit.

Laluan lebih sukar menanti Wei Chong-Pearly Tan di pusingan kedua apabila dijadualkan menentang satu lagi pasangan elit dunia esok.

Mereka dijadualkan menentang gandingan nombor 9 dunia Alfian Eko Prasetya – Anissa Saufika dan Gloria dari Indonesia yang terdahulu menewaskan pasangan dari Jerman.