Home / Bola Sepak / Kedah rangkul Piala FA buat kali kelima

Kedah rangkul Piala FA buat kali kelima

Foto : Zaid Ayid | Sukan Malaysia 

Kedah muncul juara Piala FA Malaysia setelah berjaya menundukkan Perak dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Edisi final kali ke-30 ini menyaksikan aksi sengit dari kedua-dua pasukan dalam memburu kemenangan namun perlawanan terheret sehingga ke masa tambahan selepas aksi 90 minit masa sebenar berakhir tanpa jaringan.

Foto : Zaid Ayid | Sukan Malaysia 

Situasi layangan kad kuning kedua dan diperintah keluar padang kepada pemain Perak iaitu Amirul Azhan Azman pada masa kecederaan secara tak langsung menyukarkan jentera serangan Perak untuk terus melancarkan serangan ke kubu Kedah.

Foto : Zaid Ayid | Sukan Malaysia 

Gol tunggal kemenangan dihasilkan oleh pemain meningkat naik Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105 membolehkan Kedah membawa pulang Piala FA buat kali kelima ke bumi hijau kuning.

Foto : Zaid Ayid | Sukan Malaysia 

Kejayaan ini meletakkan Kedah menyamai rekod kejuaraan lima kali Selangor pada tahun 1996,2007,2008 dan 2017.

Foto : Zaid Ayid | Sukan Malaysia 

Kemenangan Kedah yang disaksikan oleh 83,520 penyokong ini sekaligus meranapkan impian Perak untuk menamatkan penantian 15 tahun untuk merangkul trofi berprestij itu selepas kali terakhir pada tahun 2004.

Sejarah juga terpahat di Bukit Jalil apabila buat pertama kalinya perlawanan akhir ini diadili oleh pengadil import dari Jepun iaitu Takuto Okabe selain acara ‘Viking Clap’ terbesar dijayakan oleh lebih 80,000 penyokong yang mendapat pengikhtirafan Malaysia Book Of Record .