Home / Lain - Lain / KBS MASIH MENANTIKAN LAMPU HIJAU WHO DAN PBB

KBS MASIH MENANTIKAN LAMPU HIJAU WHO DAN PBB

Disamping sokongan Jawatankuasa Olimpik (NOC) negara-negara Asia termasuk Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk terus mengekalkan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengikut jadual asal Julai depan.

Untuk itu KBS masih menanti pengesahan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) berhubung dengan perkembangan terbaharu ini.

Jawatankuasa Olimpik (NOC) negara-negara Asia termasuk Majlis Olimpik Malaysia kelmarin bersetuju menyokong Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk mengekalkan tarikh Sukan Olimpik pada 24 Julai.

Namun keputusan itu masih dianggap tidak muktamad kerana IOC perlu mendapat pandangan dan nasihat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tambah KBS lagi kelangsungan temasya juga bergantung kepada situasi semasa ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.\

Justeru Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) tetap berpendirian bahawa keselamatan dan kesihatan atlet kekal menjadi keutamaan.

Untuk rekod setakat ini peratusan atlet yang layak hanyalah 57% sahaja selepas kebanyakan sesi kelayakan Olimpik terpaksa ditunda.

Setakat ini hanya 12 atlet negara layak secara merit menerusi lima acara sukan iaitu memanah, basikal trek, terjun, gimnastik artistik dan pelayaran.