Home / Lain - Lain / KBS jangkakan lebih ramai atlet bakal layak ke Olimpik menjelang hujung tahun

KBS jangkakan lebih ramai atlet bakal layak ke Olimpik menjelang hujung tahun

Bilangan atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijangka bertambah menjelang akhir tahun ini.Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), pertambahan itu berikutan prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan atlet-atlet tempatan.Tambahnya hoki lelaki dan wanita adalah antara acara yang dilihat berpotensi menyertai temasya sukan terbesar dunia itu.

Syed Saddiq dalam pada itu berkata, kejayaan gandingan penerjun negara Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo perlu dijadikan inspirasi oleh atlet lain yang sedang memburu tempat ke temasya itu tahun depan.

“Kita harap prestasi itu dapat terus ditingkatkan,” katanya mengulas kejayaan gandingan Mun Yee dan Pandalela yang meraih pingat perak dalam acara 10 meter terjun seirama dalam Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 di Gwangju, Korea Selatan pada Ahad, sekali gus melayakkan mereka ke Sukan Olimpik Tokyo.