Home / Lain - Lain / KBS hargai peranan warga media sukan

KBS hargai peranan warga media sukan

Dari kiri; Ketua Pengarah MSN, Dato Ahmad Sharpawi Ismail, Sdr. Razak Latif (Utusan Malaysia), Sdr. S Kanesan (The Star, YB Khairy Jamaluddin, Osman Adnan (NST) dan Sdr Ahmad Khawari, Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia bergambar selepas majlis penyampaian hadiah Fotografi Terbaik Sukan Sea 2017

Kuala Lumpur, 29 Jun 2015 : Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM), hari ini menganjurkan majlis berbuka puasa bersama warga media sukan di Hotel Hilton, KL Sentral, Kuala Lumpur sebagai tanda menghargai peranan yang dimainkan oleh warga media sukan dalam menyampaikan berita kepada rakyat.

Majlis yang dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin bermula seawal jam 6.30 petang dianjurkan dalam suasana santai dihadiri hampir 300 orang pengamal media sukan di Malaysia dan warga media sukan yang bertugas di sepanjang kejohanan Sukan Sea 2015 di Singapura yang lalu.

Dalam ucapan beliau, YB Khairy Jamaluddin menegaskan pentingnya peranan media sukan dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat di Malaysia. Justeru itu KBS mengambil langkah awal dengan memastikan pendapat dan pandangan warga media sukan diambil kira dalam memastikan kejayaan Malaysia dalam menganjurkan Sukan Sea 2017 yang akan datang.

‘Kita di KBS menghargai peranan yang dimainkan oleh warga media sukan dalam menyampaikan berita-berita sukan kepada rakyat Malaysia. Sebab itu saya amat memerlukan pandangan dan pendapat warga media sukan dalam memastikan kita berjaya menganjurkan Sukan Sea 2017 yang akan datang. Melalui SAM, kita akan memastikan adanya wakil warga media sukan dalam Jawatankuasa Kejohanan Sukan Sea 2017 yang akan ditubuhkan”- ujar YB Khairy.

YB Khairy Jamaluddin mengatakan sesuatu kepada pemenang Fotografi Terbaik Sukan Sea 2015, Sdr Osman Adnan dari NST sambil diperhatikan oleh Sdr Razak Latif (Utusan Malaysia), Sdr S Kanesan (The Star) dan Presiden SAM, Sdr Ahmad Khawari

Dalam majlis yang sama, YB Khairy Jamaluddin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Fotografi Terbaik Sukan Sea 2015 yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Penulis Sukan (SAM) dan Unit Komunikasi Korporat Majlis Sukan Negara (MSN). Sebanyak 88 keping gambar diterima dari 10 penyertaan jurugambar yang bertugas di temasya kali ini.

Pertandingan Foto Terbaik Sukan Sea 2015 di Singapura dimenangi oleh jurugambar NST, Sdr Osman Adnan yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1500.00 manakala jurugambar Utusan Malaysia, Sdr Razak Latif di tempat kedua dan jurugambar The Star, Sdr S. Kanesan di tempat ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*