Home / Lain - Lain / KBS GESA PERSATUAN SUKAN AMBIL SERIUS ISU DOPING

KBS GESA PERSATUAN SUKAN AMBIL SERIUS ISU DOPING

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dengan nada tegas menggesa subjek doping diwajibkan dalam silibus kejurulatihan selain mempergiatkan lagi pengetahuan mengenai doping oleh agensi di bawah KBS.

Ini susulan hukuman gantung setahun dan lima bulan kepada Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dan atlet yang bernaung dibawah badan induk sukan itu.

Dengan mengambil ikhtibar hukuman yang dikenakan keatas PABM kesemua persatuan sukan perlu meningkatkan kesedaran mengenai doping bermula di peringkat kejurulatihan sehinggalah diri atlet itu sendiri.

KBS kini meyerahkan kepada PABM untuk menilai sama ada perlu atau tidak untuk membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Dartul Seri Reezal turut berharap atlet angkat berat Muhammad Aznil Bidin tidak berputus asa ekoran hukuman Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) melarang atlet Malaysia menyertai Sukan Olimpik Tokyo.