Home / Lain - Lain / KBS GARISKAN INISIATIF PENTING MENJELANG SUKAN OLIMPIK 2020

KBS GARISKAN INISIATIF PENTING MENJELANG SUKAN OLIMPIK 2020

Kementerian Belia dan Sukan menggariskan beberapa inisiatif penting bagi tahun 2020 paling utama tidak lain dan tidak bukan Sukan Olimpik Tokyo yang mahu direalisasikan sebagai penghasilan emas sulung negara buat kontinjen negara.

Atlet bakal diberikan pelbagai kemudahan diiringi peruntukan kewangan yang besar, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap atlet negara tidak lagi dikekang dengan alasan tidak cukup persiapan atau ketiadaan dana.

Beberapa inisiatif berupa pembangunan infa sukan seluruh negara, penubuhan hospital sukan, pembinaan stadium ragbi serta penglibatan wanita diperjelaskan beliau ketika menyampaikan amanat tahun baru di kementeriannya hari ini.

Tetapi paling penting dan mencabar ialah Sukan Olimpik Tokyo yang menjadi jawapan pencarian emas sulung negara di temasya tertinggi dunia itu.

Tambahan peruntukan dianggarkan diantara RM50-60 juta bagi mempersiaokan kontinjen negara sebelum bertanding mengharapkan segala keperluan atlet dapat dipenuhi.

Justeru alasan kekurangan dana bagi menampung persediaan atlet dan pertandingan tidak lagi relevan dan beliau sendiri akan turun padang membuat pemeriksaan mengejut memantau program persiapan atlet.

Berbaki 7 bulan saja lagi Malaysia ketika ini mempunya 11 slot bagi temasaya Olimpik manakala 7 lagi bagi saingan Para Olimpik.