Home / Lain - Lain / KBS BERI SEBULAN UNTUK HUMAN VOYAGE LUNASKAN WANG HADIAH KEMENANGAN LTDL 2020

KBS BERI SEBULAN UNTUK HUMAN VOYAGE LUNASKAN WANG HADIAH KEMENANGAN LTDL 2020

Penganjur Le Tour de Langkawi 2020 Human Voyage Sdn Bhd diberi tempuh sebulan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melunaskan semua hadiah kemenangan kepada pasukan bertanding.

Perkara itu diputuskan selepas perbincangan dua hala diantara Human Voyage dan KBS di Putrajaya baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah mengadakan perjumpaan dengan pengerusi Human Voyage Datuk Abdul Malik Maidyn bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu bayaran wang kemenangan yang tertunggak pasukan LTDL 2020.

Sekali lagi Human Voyage memberi penerangan mengenai masalah perbankan semasa pandemik Covid-19 selain polisi sistem pengagihan hadiah yang kini dilakukan UCI sepenuhnya.

Situasi itu menyebabkan Human Voyage terpaksa menunggu invoice daripada UCI dan CPA mengenai jumlah bayaran yang perlu dijelaskan dan sehingga kini masih belum diterima.

Memahami situasi berkenaan Datuk Seri Reezal bagaimanapun mahu Human Voyage menyelesaikan perkara itu dalam tempuh sebulan disamping meminta Human Voyage meyakinkan semua pihak dengan mendepositkan semua wang kemenangan tersebut ke akaun ketiga yang dimiliki pihak peguam.

Ia sebagai jaminan wang tersebut memang tersedia untuk dibayar selepas menerima invois daripada UCI dan CPA.

Pada saingan LTDL 2020 pasukan Sapura merupakan penerima hadiah wang kemenangan terbesar iaitu sebanyak RM141,150.00 disusuli pasukan Terengganu dengan RM114,200.00 dan Vino Astana Motors RM106,100.00.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan hadiah wang kemenangan sebanyak RM823,450.00.