Home / Lain - Lain / Kayuhan Wanita 2019 sasar 3000 penyertaan

Kayuhan Wanita 2019 sasar 3000 penyertaan

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengsasarkan 3000 penyertaan Kayuhan Wanita 2019 dengan jalinan kerjasama erat Pertubuhan Pembangunan Putrajaya.

KPKT optimis melalui program ini dapat menyokong usaha pemerkasaan kaum wanita dalam apa jua bidang yang diceburi terutamanya sukan.

Program kayuhan akan berlangsung pada 26 Oktober ini di Putrajaya turut mendapat sokongan beberapa kementerian lain seperti Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan.

Meskipun sasaran utama kayuhan 20km ini untuk menarik 3000 peserta wanita, program turut menyediakan acara sampingan kepada kaum lelaki dengan jarak kayuhan 30km.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Wanita Putrajaya (PEWARNA) Farah Hida Sahrom sehingga kini sambutan memang menggalakkan dengan lebih satu ribu pendaftaran setakat kini dan jumlah itu dijangka terus meningkat dalam tempuh dua bulan ke tarikh tutup pendaftaran.

Majlis perasmian Kayuhan Wanita 2019 telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin selaku penaung program. Turut hadir ikon Kayuhan Wanita Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin