Home / Lain - Lain / Juara Bertahan Tewas

Juara Bertahan Tewas

Pemain Pahang, Shahizam Tukiran melakukan 'try' awal untuk mengejutkan Johor.

Pemain Pahang, Shahizam Tukiran melakukan ‘try’ awal untuk mengejutkan Johor.

Padang UKM, 6 Oktober 2014 : Pasukan Ragbi Johor terpaksa melupakan hasrat untuk mempertahankan kejuaraan yang dimiliki tahun lalu apabila tewas kepada pasukan Pahang 19-24 hari ini.

'Try' kedua dari Pahang membolehkan Pahang menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului Johor 17-7.

‘Try’ kedua dari Pahang membolehkan Pahang menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului Johor 17-7.

Pahang mengejutkan pasukan Johor apabila melakukan satu ‘try’ pada minit kedua perlawanan melalui Shahizam Tukiran. Pahang menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului Johor 17-7.

Kebangkitan Johor bagaimanapun tidak kesampaian apabila Pahang berjaya melakukan 'try' pada minit terakhir.

Kebangkitan Johor bagaimanapun tidak kesampaian apabila Pahang berjaya melakukan ‘try’ pada minit terakhir.

Kedudukan perlawanan menjadi semakin menarik apabila Johor berjaya melakukan dua ‘try’ untuk mendahului pada kedudukan 19-17 dengan perlawanan berbaki 8 minit. Namun asakan Pahang pada minit-minit terakhir perlawanan berjaya menghasilkan satu lagi ‘try’ melalui Ananaia Rabonu sebelum Mohd Fairuz Ab Rahman melengkapkan ‘conversion’ bagi memastikan Pahang melangkah ke peringkat Separuh Akhir Piala Agong 2014.

Pemain-pemain Pahang meraikan 'try' Ananaia pada minit terakhir yang berjaya membawa Pahang ke peringkat Separuh Akhir Piala Agong 2014.

Pemain-pemain Pahang meraikan ‘try’ Ananaia pada minit terakhir yang berjaya membawa Pahang ke peringkat Separuh Akhir Piala Agong 2014.

Dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung di Padang UKM Bangi, pasukan Sabah memastikan tempat ke separuh akhir Piala Agong 2014 dengan menewaskan PDRM 33-24.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*