
Bekas pelumba negara Josiah Ng fokus kepada program pembangunan di peringkat akar umbi melalui akademi berbasikal miliknya.
Keutamaan adalah untuk memberi pendedahan kepada anak muda yang berminat untuk belajar sukan berbasikal dengan cara yang lebih selamat.
Sementara itu Josiah mengakui berminat jika ditawarkan jurulatih kebangsaan namun fokus kini adalah untuk memastikan akademinya berjaya.
Bekas pelumba ini pernah menjadi jurulatih berbasikal Thailand yang mana anak didiknya Jai Angsuthasawit muncul juara acara Keirin pada Sukan Asia 2018 lalu.