Home / Bola Sepak / Johor Darul Takzim Juara Liga Super 2015

Johor Darul Takzim Juara Liga Super 2015

Johor Darul Takzim - Juara Liga Super 2015

Johor Darul Takzim – Juara Liga Super 2015. Gambar oleh Asiana.my

SELAYANG 22 Ogos 2015 : Johor Darul Takzim muncul Juara Liga Super 2015 walaupun tewas kepada pasukan Felda United 1-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor malam tadi. Ini kerana pesaing terdekat mereka, pasukan Pahan, juga tewas 1-3 di Kuala Terengganu.

Walaupun berazam untuk meraikan kejayaan dengan bergaya, Johor Darul Takzim tersentak dengan corak permainan pasukan Felda United yang memberi tekanan dari seawal minit pertama. Shahrul Saad meletakkan Felda United di hadapan seawal minit ke empat melalui gerakan yang dilakukan oleh pemain import Makeche Nbumba.

S

Shahrul Saad meraikan jaringan pertama pasukan Felda United. Gambar oleh Asiana.my

Johor Darul Takzim seakan hilang punca apabila pada minit ke 11, Putera Nadher Amarham dilayangkan kad merah apabila melakukan kekasaran di dalam petak penalti seterusnya memberikan sepakan penalti kepada pasukan Felda United. Indra Putra Mahyuddin tenang menyempurnakan sepakan penalti itu untuk memberi gol kedua buat Felda United.

Tersentak dengan jaringan kedua Felda United, Johor Darul Takzim mula mengatur gerakan serangan dan hasilnya, pada minit ke 32, Luciano Figueroa berjaya menjaringkan gol pertama buat pasukan Johor Darul Takzim.

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dan Johor Darul Takzim dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2015 untuk kali kedua berturut-turut.

Dari meja editor Sukan Malaysia, Tahniah buat Johor Darul Takzim !

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*