Home / Bola Sepak / JDT Mula Panjat Liga

JDT Mula Panjat Liga

SDvsJDT

SELAYANG, 8 Mac 2014 : Skuad kendalian Cesar Ferrando Jiminez meneruskan rentak cemerlang setelah menundukkan Sime Darby di tempat lawan dengan kemenangan 2-0. Kemenangan ini meletakkan pasukan JDT di tangga ke dua liga. Jaringan Luciano Figueroa dan Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama sudah cukup memastikan JDT mengutip 3 mata penuh.

SDvsJDT1

Pasukan Harimau Selatan ini gagal menambah jaringan pada babak kedua apabila Sime Darby terpaksa beraksi 10 pemain bermula minit ke-61 selepas pemain importnya, Dilshod Sharofetdinov dibuang padang kerana mengutip kad kuning kedua setelah mengasari pemain JDT Mahali Jasuli.

Gambar Oleh : Azhari Yusop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*