Home / Bola Sepak / JDT luaskan kuasa di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015

JDT luaskan kuasa di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015

Barisan Pemenang-pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015. Gambar Ehsan Probitas Ed Fides

Barisan Pemenang-pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015. Gambar sumber Probitas Ed Fides

Kuala Lumpur, 18 Disember 2015 : Pasukan Johor Darul Takzim (JDT), meluaskan kuasa mereka dalam kancah bolasepak negara apabila mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 dengan merangkul 8 dari 17 anugerah yang dipertandingkan.

Safiq Rahim - Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Paling Bernilai 2015

Safiq Rahim – Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Paling Bernilai 2015 (Probited Ed Fides)

Paling mencuri tumpuan sudah pasti ketua pasukan JDT, Safiq Rahim yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai ABSK 2015 dan Pemain Tengah Terbaik 2015.
Kejayaan menjulang Piala AFC 2015 buat pertama kali dalam sejarah bolasepak Malaysia turut membantu JDT untuk dipilih sebagai penerima Anugerah Khas. Empat lagi pemain JDT yang turut memenangi Anugerah ialah Amri Yahya – Penyerang Terbaik, Aidil Zafuan Abdul Radzak  – Pemain Pertahanan Terbaik, Farizal Marlias – Penjaga Golf Terbaik dan Luciano Figueroa – Pemain Import Terbaik. Jurulatih JDT, Mario Gomez turut menerima Anugerah Jurulatih Terbaik.

Pasukan Kedah yang baru dinobatkan sebagai Naib Juara Piala Malaysia turut menerima Anugerah Pasukan Bolasepak Terbaik manakala pertahanan pasukan Pahang, Matthew Davis menerima Anugerah Pemain Muda Terbaik dan Dramane Traore dari pasukan PDRM menerima Anugerah Kasuh Emas menerusi himpunan 20 gol dalam Liga Super.

Majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 di adakan dalam suasana penuh gemilang di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.

 

Senarai Penuh Penerima Anugerah :

Farizal Marlias, Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Matthiew Davies. (Probitas Ed Fides)

Farizal Marlias, Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Matthiew Davies. (Probitas Ed Fides)

Pemain Paling Bernilai : Safiq Rahim (JDT)

Jurulatih Terbaik : Mario Gomez (JDT)

Pemain Penyerang Terbaik : Amri Yahyah (JDT)

Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)

Pemain Pertahanan Terbaik : Aidil Zafuan (JDT)

Penjaga Gol Terbaik : Farizal Marlias (JDT)

Pemain Import Terbaik : Luciano Figueroa (JDT)

Pemain Muda Terbaik : Matthew Davis (Pahang)

Anugerah Fair Play : LionsXII

Kelab Penyokong Terbaik : Elephant Army (Pahang)

Kelab Bolasepak Terbaik : Kedah

Pemain Bolasepak Wanita Terbaik: Nurul Azurin Mazlan (Sabah)

Pemain Futsal Lelaki Terbaik: Azrul Hadee Mohd Taufiq

Pemain Futsal Wanita Terbaik: Siti Asnidah Zamri

Penjaring Terbanyak Liga Super : Dramane Traore (PDRM, 20 goals)

Penjaring Terbanyak Liga Perdana : Francis Forkey Doe (NS Matrix, 17 goals)

Anugerah KHAS: Johor Darul Ta’zim
sumber : Football Malaysia LLP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*