Home / Bola Sepak / JDT kekalkan rekod tanpa kemenangan Selangor

JDT kekalkan rekod tanpa kemenangan Selangor

JDT membelasah Selangor 4-2 di Stadium Shah Alam untuk terus menguasai kelompok teratas liga dan menambah keperitan buat Selangor yang kini belum mengecapi sebarang kemenangan dan hanya mengumpul tiga mata selepas lima perlawanan musim ini.

JDT hanya memerlukan 14 minit untuk meledak dua gol hasil jaringan Velazquez Leandro pada minit ketujuh dan Diogo Luis Santo minit ke-14.

Selangor merapatkan jurang gol menerusi rembatan jarak jauh Endrick Dos Santos pada minit ke-33.

Gonzalo Cabrera kembali meletakkan JDT pada kedudukan selesa 7 minit kemudian apabila meledak gol ketiga selepas rembatannya di dalam kotak penalti gagal diselamatkan Khairul Azhan khalid.

Rufino Segovia meledak gol kedua Selangor selepas menanduk masuk bola hantaran Faiz Nasir pada masa kecederaan babak pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Leandro menjadikan kedudukan 4-2 buat JDT apabila meledak mudah menolak masuk bola di depan pintu gol Selangor selepas Khairul Azhan menampan rembatan deras Cabrera pada minit ke-68