Home / Bola Sepak / JDT IKTIRAF SUMBANGAN LUCIANO FIGUORA

JDT IKTIRAF SUMBANGAN LUCIANO FIGUORA

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengadakan majlis ringkas penuh bermakna di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri baru-baru ini.

Ia bersempena menamakan satu kawasan tempat duduk penonton di stadium kebanggaan skuad Harimau Selatan itu sebagai Luciano Figuora Stand sebagai simbol pengiktirafan sumbang pemain Argentina berkenaan terhadap JDT.

Majlis disempurnakan pemilik kelab Tunku Ismail Sultan Ibrahim disaksikan duta besar Argentina ke Malaysia Manuel Balaguer Salas.

Figuora bekas pemain Argentina yang menyarung jersi JDT pada 2014,2015 dan 2018 mengumpul 3 kejuaraan Liga Super, 2 Trofi Sultan Ahmad Shah dan 1 Piala AFC.

Beliau kini memainkan peranan sebagai pengurus pasukan sejak 2018.