Home / Bola Sepak / JDT II pamerkan kebangkitan di Likas

JDT II pamerkan kebangkitan di Likas


Gambar oleh : Darren Liew / SukanMalaysia

Dalam aksi perlawanan Liga Perdana Malaysia 2019, Sabah tersungkur di Likas selepas JDT II bangkit dari ketinggalan satu gol untuk mengutip tiga mata penuh.


Gambar oleh : Darren Liew / SukanMalaysia

Sabah yang bermula dengan baik pada separuh masa pertama selepas pemain import baru mereka iaitu Luca Milunovic membuka tirai jaringan pada minit ke-12 perlawanan.


Gambar oleh : Darren Liew / SukanMalaysia

Seusai dari gol tersebut, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada tambahan gol dapat dijaringkan sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan JDT II menukar tempo permainan dan cuba bangkit memburu gol penyamaan. Hasilnya, pada minit ke-63 pemain import yang tidak asing lagi di kancah Liga Malaysia iaitu Mohammad Ghaddar berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas menerima hantaran menerusi sepakan percuma.


Gambar oleh : Darren Liew / SukanMalaysia

Gol kemenangan JDT II disempurnakan oleh Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma di luar kawasan penalti yang seterusnya mengesahkan kemenangan bergaya JDT II di Likas.


Gambar oleh : Darren Liew / SukanMalaysia