Home / Bola Sepak / JDT II julang Piala Cabaran 2019

JDT II julang Piala Cabaran 2019

Johor Darul Ta’zim 2 (JDT II) mencipta sensasi tersendiri apabila berjaya menjulang Piala Cabaran 2019 menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysai (UKM FC) dalam aksi final kedua.

Terikat agregat 1-1 tamat aksi sebenar, perlawanan diheret ke penentuan sepak penalti menyaksikan tuan memihak JDT II yang memenangi perlawanan dengan keputusan 6-5.

Berbekalkan kemenangan 1-0 pada pertemuan pertama di Pasir Gudang minggu lalu, nyata ia bukan jaminan JDT II untuk berasa selesa bagi aksi final kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras menentang UKM FC.

Foto : Zaid Ayid (Sukan Malaysia)

Walaupun berjaya menguasai permainan sejak dari awal namun kekentalan pertahanan UKM FC nyata sukar dibolosi untuk aksi 45 minit pertama.

Bersambung selepas rehat, UKM FC dilihat mula mengimbangi perlawanan dan tuan rumah akhirnya lega apabila berjaya membuka jaringan pada minit ke-82 gol hasil sentuhan Mateo Roskam.

Foto : Zaid Ayid (Sukan Malaysia)

Kekal 1-0 tamat 90 minit perlawanan 1-1 menerusi agregat, perlawanan diteruskan dengan aksi masa tambahan.

Bagaimanapun ia tidak dapat menjelmakan pemenang mutlak dan saingan diheret ke aksi penentuan sepakan penalti.

Memang aksi yang mendebarkan apabila Mohd Akmal Mohd Zahir, Mohd Bakiudin dan Asnan Ahmad gagal menyempurnakan sepakan buat UKM FC.

Peluang yang terhidang dimanfaatkan Fadhli Shas bagi menjaringkan gol kemenangan buat JDT II untuk keputusan penuh 6-5.

Foto : Zaid Ayid (Sukan Malaysia)