Home / Bola Sepak / JDT dan Kedah sekadar seri

JDT dan Kedah sekadar seri

16 OGOS 2019 : PKNP FC berjaya merantai Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

Johor Darul Ta’zim terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan Gonzalo Cabrera yang menewaskan penjaga gol PKNP FC pada minit ke-10.

Selang tiga minit kemudian Cabrera sekali lagi berjaya mencetak gol kedua buat JDT untuk selesa seketika di hadapan.

PKNP berjaya merapatkan jurang melalui sepakan penalti Yashir Pinto pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, PKNP memperolehi gol penyamaan pada minit ke-78 melalui rembatan Giancarlo selepas sepakan Pinto terkena palang gol.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Shah Alam, PKNS turut berjaya mengikat Kedah dengan jaringan 1-1.

Kedah membuka gol pendahuluan pada minit ke-20 apabila Fernando Rodriguez menyambut hantaran lintang Baddrol Bakhtiar lalu meledak gawang pasukan lawan.

Gol penyamaan yang diburu PKNS FC tiba pada minit ke-69 hasil rembatan Romel Morales untuk mejadikan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini turut menyaksikan kedua dua pasukan berkongsi empat mata bagi aksi kumpulan A.