Home / Lain - Lain / IVAN YUEN JUARAI KEJOHANAN SKUASY DALAMAN KEBANGSAAN

IVAN YUEN JUARAI KEJOHANAN SKUASY DALAMAN KEBANGSAAN

Pemain utama negara Ivan Yuen sekali lagi menepati ramalan untuk muncul juara pada aksi final divisyen 1 Kejohanan Skuasy Kebangsaan di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan akhir divisyen 1 menemukan pemain nombor satu lelaki kebangsaan Ivan Yuen menentang Addeen Idrakie Bakhtiar.

Ivan yang juga pilihan utama mengambil masa selama 55 minit sebelum mengesahkan kejuaraan dengan kemenangan 3-1 menerusi keputusan 5-11, 11-8, 11-3 dan 11-7.

Dalam pada itu aksi final divisyen 2 pula bekas pemain kebangsaan Mohd Nafizul Adnan berjaya menewaskan Mohd Syauki Halim Ahmad 11-6, 11-7 dan 11-8 dalam tempuh 20 minit.