Home / Lain - Lain / Ironman Malaysia dan Ironman 70.3km terapkan elemen kekeluargaan

Ironman Malaysia dan Ironman 70.3km terapkan elemen kekeluargaan

Kejohanan Ironman Malaysia dan Ironman 70.3km yang akan diadakan di Pulau Langkawi pada sabtu ini dijangka mampu menawarkan pengalaman berbeza buat 2500 peserta yang mengambil bahagian.

Ini selepas penganjur buat pertama kalinya memperkenalkan tema kekeluargaan atau Ohana dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia terlibat lebih aktif dalam acara trialtlon.

Ironman Malaysia 2019 yang dianjurkan serentak dengan Ironman 70.3km di Pulau Langkawi sekali lagi mendapat perhatian peserta dari dalam dan luar negara.

Bertemakan kekeluarga atau Ohana Malaysia muncul wakil tertinggi iaitu seramai 910 peserta dan kebanyakkan dari mereka amat teruja untuk mencabar diri masing-masing bersama keluarga.

Sebagai rekod Ironman Malaysia membabitkan tiga disiplin iaitu renang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari 42.2km sementara Ironman 70.3km menampilkan disiplin renang sejauh 1.9km, berbasikal 90km dan berlari 21.1km.

50 peserta yang terawal melintasi garisan penamat dalam Ironman Malaysia sabtu ini akan mendapat slot kelayakan ke kejohanan dunia 2020 di Hawaii dan 60 peserta terawal dalam Ironman 70.3km akan mendapat slot ke kelayakan dunia 2020 di Taipo New Zealand.

Selain itu tambahan 25 lagi slot ke Taipo New Zealand tahun hadapan akan diberikan khas pada peserta wanita.

Lebih menarik Ironkid terus dianjurkan bagi edisi ke-16 tahun ini dan perlumbaan yang melibatkan peserta dari usia 4 hingga 17 tahun itu akan menyingkap tirainya juga di Pulau Langkawi.