Home / Bola Sepak / Irfan tuntut pemain tidak terlalu berhati-hati

Irfan tuntut pemain tidak terlalu berhati-hati

Irfan Bakti. Gambar sumber stadiumastro.my

Pemain-pemain Terengganu FC diingatkan agar tidak terlalu beremosi ketika bertemu PKNS FC dalam aksi sulung Liga Super Malaysia 2019 di laman sendiri Sabtu ini.

Jurulatihnya Irfan Bakti mahu pemain-pemain tidak terlalu berhati-hati pada pertemuan itu. Ini adalah kerana ia adalah perlawanan pertama musim baru dan mana mana pasukan gemar bermain cara sedemikian.

Dalam perkembangan lain Irfan menyambut baik idea penubuhan Pegawai Perlawanan Professional Malaysia. Katanya penubuhan badan bebas itu adalah tepat pada waktunya selain merupakan anjakan paradigma yang pasti meningkatkan tahap kualiti pengadilan bola sepak di Malaysia.