Home / Lain - Lain / INSENTIF KECEMERLANGAN SUKAN IPT 2019

INSENTIF KECEMERLANGAN SUKAN IPT 2019

Sebanyak 147 atlet IPT negara yang menyumbang pingat Sukan SEA Fillipina 2019 dan lima ‘UOlimpian’ mendapat pengiktirafan dan sumbangan insentif dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Mereka mewakili 63 peratus daripada 233 atlet IPT yang menganggotai kontinjen negara seramai 773 orang pada temasya serantau dwitahunan edisi ke-30 itu.

Atlet IPT menyumbang 29 pingat emas, 29 pingat perak dan 27 pingat gangsa daripada keseluruhan 55-58-71 butir milik kontinjen negara. 

Ratu gimnastik artistik, Farah Ann Abdul Hadi muncul penerima insentif tertinggi individu dengan membawa pulang wang tunai RM6,000 setelah memenangi tiga pingat emas Sukan SEA Fillipina.

Skuad olahraga pula mendapat insentif tertinggi, RM17,000 menerusi kejayaan merangkul tiga pingat emas, lapan pingat perak dan lima pingat gangsa diikuti bola jaring dan terjun masing-masing RM14,000. 

Paling istimewa ialah apabila buat kali pertama Kementerian Pengajian Tinggi dalam majlis ini, turut memberikan penghormatan kepada lima atlet IPT yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. 

Turut hadir ialah Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) kementerian, Dr. Zabri Yusoff dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) kementerian, Rosli Yaakub. 

Sebagai rekod sebanyak 10 atlet penuntut UPM layak mewakili negara dari Olimpik Athens 2004 hingga Rio 2016 antaranya selain Jun Hoong dan Mun Yee ialah Mon Redee Sut Txi, Wan Mohd. Khalmizan Ab. Aziz, Cheng Chu Sian (memanah), Yu Peng Kean (lawan pedang) dan Zaidatul Husniah Zulkifli (olahraga).