Home / Lain - Lain / IAAF lucut jawatan Karim

IAAF lucut jawatan Karim

Datuk Karim Ibrahim tetap bertegas menyatakan bahawa beliau masih lagi Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Situasi ini timbul setelah Mahkamah Timbang Tara Sukan menolak rayuannya mencabar keputusan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) yang melucutkan jawatannya sebagai ahli majlis badan induk itu.

Keputusan panel penilai IAAF mendapati bahawa beliau  ‘tidak layak’ memegang jawatan dalam badan induk berkenaan.

Presiden KOM itu sebelum ini dilaporkan dikenakan tindakan penggantungan enam tahun bermula pada 2012 kerana terbabit dalam kes membantu enam atlet olahraga melarikan diri daripada ujian doping yang dijalankan Institut Sukan Negara (ISN) sebelum ini.

Karim juga dituduh terbabit dengan kes doping membabitkan atlet negara ketika temasya Sukan SEA 2011.

Beberapa bulan selepas hukuman enam tahun dijatuhkan, Karim membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Malaysia dan beliau berjaya membatalkan hukuman penggantungan itu. Setahun kemudian beliau dilantik Presiden KOM pada penghujung 2014.

Beliau turut diarah membayar kos proses timbang tara sebanyak RM16,000.00 selepas kalah dalam proses rayuan tersebut.