Home / Lain - Lain / Hub E-Games di Putrajaya

Hub E-Games di Putrajaya

PUTRAJAYA : Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini bakal direncanakan sebagai hub e-games bagi golongan belia pada pertengahan tahun ini dan perbincangan dengan pakar dalam bidang berkenaan sedang dilaksanakan untuk tujuan itu.

Hasrat ini disuarakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin Hassim.“Idea ini muncul selepas e-games di Festival Light and Motion Putrajaya (Lampu) mendapat sambutan golongan belia,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, antara yang dibincangkan ialah mengenai lokasi strategik dan juga jenis permainan serta latihan yang akan diperkenalkan kelak.

“Kita mahu mengubah persepsi masyarakat bahawa Putrajaya ini hanya untuk penjawat awam dan segala kemudahan hanya untuk mereka.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, beberapa lokasi telah dikenalpasti untuk dijadikan hub e-games yang dijenamakan sebagai ‘Youth Centre by The Youth’.

“Salah satu lokasi yang kita kenal pasti ialah di Taman Cabaran. Kawasan itu akan menjadi tumpuan anak muda termasuk menguruskan program yang dirancang,” katanya.