Home / Lain - Lain / HONDA ASIA DREAM RACING SHOWA IMPI TAKLUKI ASIA

HONDA ASIA DREAM RACING SHOWA IMPI TAKLUKI ASIA

Pasukan Honda Asia Dream Racing Showa telah mengorak langkah dalam misi menakluk Asia musim depan meskipun masih awal dalam menjangkakan apa yang akan berlaku pada saingan musim baru.

Pengurusan pasukan itu sudah meletakkan impian tinggi terhadap pasukan yang akan tampil dengan wajah baharu itu.

Impian untuk menakluk Asia sudah berada dalam perancangan mereka dan ia bukan perkara mustahil dicapai jika mengambil kira prestasi Honda Asia Dream Racing Showa pada perlumbaan motorsikal Asia (ARRC) musim ini.

Perjalanan mereka pada kempen musim 2019 boleh dianggap mencabar kerana hanya memiliki seorang pelumba Mohd Zaquan Zaidi untuk menggalas cabaran mereka.

Pasukan itu tetap mencapai kejayaan boleh dibanggakan apabila Zaquan berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan dalam kelas ASP1000cc.

Sebagai langkah untuk memenuhi misi menjadi pasukan gergasi di rantau Asia Zaquan akan bergandingan bersama dengan Gary Salim dari Indonesia yang pernah bergelar juara keseluruhan ARRC kelas AP250CC pada musim 2018.

Manakal bekas pelumba yang pernah mencipta nama di pentas MotoGP Makoto Tamada juga terus diberi kepercayaan untuk menjadi pengurus pasukan.

Lebih menarik mereka bakal menggunakan jentera baharu Honda CBR 1000rrr untuk mengharungi saingan musim 2020.

Turut hadir pada majlis bersejarah itu adalah pengarah eksekutif Asia Honda Motor Co. Ltd Asushi Ogata.