Home / Hoki / #HOKIPIALADUNIA : Malaysia dibelasah Belanda

#HOKIPIALADUNIA : Malaysia dibelasah Belanda

Skuad Malaysia. @ Jeffrizal Abu / SM International

Oleh : Mrizalar

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2018 : Kempen Piala Dunia skuad hoki negara direncatkan hasil kekalahan dibelasah bekas juara dunia Belanda dengan jaringan 0-7 di Stadium Kalinga, Bhunaneshwar India.

Malaysia bermain agak baik dipermulaan perlawanan tetapi gagal mengancam pasukan yang bereputasi nombor empat dunia yang bukan sahaja mendominasi perlawanan malahan memiliki kemahiran dan asas yang lebih baik berbanding pasukan negara.
Belanda menghasilkan tiga gol berkelas dunia natijah dari kesilapan pertahanan pasukan negara. S Kumar membuktikan kehebatannya menyelamatkan enam percubaan pada babak pertama perlawanan.

“Belanda berada dalam kelasnya yang tersendiri dan kami harus bangkit lebih kuat demi merealisasikan sasaran kami di kejohanan ini.

Jurulatih skuad Malaysia, Roelant Oltmans. Gambar oleh Jeffrizal Abu / SM International

“Belanda menunjukkan prestasi kelas dunia dan merupakan pilihan untuk memenangi kejohanan ini. Seharusnya kami perlu kerap bertemu Belanda kerana kali terakhir bertemu adalah 10 tahun yang lalu.

“Kami akan menggunakan sepenuhnya rehat empat hari untuk menganalisa segala kelemahan yang berlaku dalam perlawanan ini dan seterusnya berusaha mencari jalan penyelesaian”, ujar Roelant Oltmans jurulatih Malaysia.

Secara realitinya dapat dirumuskan bahawa pasukan negara yang berkedudukan di ranking ke-12 dunia tampak bergelut dalam semua bahagian dan masalah ini haruslah diselesaikan segera menjelang pertembungan menentang Pakistan nanti.