Shah Alam, 18 April 2015 : Mohd Afiq Azmi melakukan hatrik dalam tempoh sembilan minit membantu Selangor mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Lions XII. Jaringan hatriknya bermula pada minit ke-8 dan kerapuhan serta kesilapan pertahanan lawan membantu Afiq menambah jaringan kedua pada minit ke-12 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-15.
Kerapuhan pertahanan Lions XII seringkali memaksa mereka melakukan kekasaran ke atas pemain-pemain Selangor dengan banyak memberikan ruang kepada pemain Selangor bergerak terutamanya pemain lincah Selangor Andik Vermansyah.
Penyerang import Selangor, Guilherme de Paula yang turut memainkan peranan penting terhadap ketiga-tiga gol Afiq menambah jumlah jaringan Selangor kepada 4 pada minit ke-78 dengan bijak mengambil peluang sepenuhnya kesilapan pertahanan lawan.
Gambar Oleh : Aqil Shatir