
Penyerang kedah Baddrol Bakhtiar gagal menembusi pertahanan JDT yang begitu ampuh diketuai oleh Baihaki Kaizan. Gambar oleh : Ahmad Aki
Skuad ‘Harimau Selatan’ yang mempunyai kelebihan agregat 3-1 pada aksi pertama di Larkin tempoh hari, menundukkan Kedah 2-0 pada aksi kedua di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini, sekali gus mara dengan keputusan agregat 5-1.

Amri Yahyah sering mengucar-kacirkan pertahanan Kedah melalui gerakan-gerakan pantasnya dan membantu penyerang JDT menjaringkan gol. Gambar oleh : Norazmi Ibrahim
Dua gol JDT dalam perlawanan hari ini dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-62 dan pemain gantian, Mohd Safee Sali pada minit ke-85.