Home / Bola Sepak / Harimau Selatan jinakkan Harimau Kumbang

Harimau Selatan jinakkan Harimau Kumbang

Aksi perlawanan Pulau Pinang menentang JDT. Gambar oleh Asiana.my

Aksi perlawanan Pulau Pinang menentang JDT. Gambar oleh Asiana.my

GEORGE TOWN, 23 OGOS 2014 : Pasukan bertaraf bintang, JDT ternyata mudah menjinakkan pasukan Pulau Pinang apabila menang 3-0 dalam perlawanan Piala Malaysia, saingan kumpulan C di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam tadi. Walaupun mendapat sokongan padu dari ribuan penyokong yang membanjiri stadium, Pulau Pinang ternyata bukan lawan sebenar pasukan JDT apabila dilihat banyak kehilangan bola dan gagal mengekang asakan pasukan lawan. 

JDT yang banyak menguasai perlawanan meraih peluang seawal minit ke-7 apabila sentuhan Amri Yahyah yang menyambut hantaran Safiq Rahim diselamat penjaga Pulau Pinang, G. Jeevananthan.

Gandingan dua pemain itu dilihat berkesan di barisan depan JDT. Di minit ke-13, Amri melakukan tandukan gol di sudut yang sukar selepas menerima lambungan daripada Safiq. Seminit kemudian, giliran Safiq pula melakukan jaringan selepas dia mendapat hantaran leret yang menarik daripada Amri.

Di penghujung perlawanan babak pertama, Pulau Pinang hampir-hampir melakukan jaringan apabila import mereka, Gil Hoon melakukan rembatan yang sedikit tertampan pemain lawan.

Bersambung babak kedua, kesungguhan Pulau Pinang untuk mengejar JDT akhirnya berjaya apabila Gil Hoon berjaya melepasi Aidil Zafuan sebelum merembat masuk, di minit ke-65.

Di minit ke-68, penyerang berbisa JDT, Nazrin Nawi hampir-hampir apabila melakukan rembatan deras ketika dia berada dalam keadaan sukar, namun penjaga gol lawan dilihat lebih bersedia untuk menahan percubaan tersebut.

Semangat dan impian Pulau Pinang untuk menyamakan kedudukan bagaimanapun musnah di minit ke-70, apabila Jorge Pereyra Diaz yang baru sahaja masuk menggantikan Luciano Figueroa dengan mudah menanduk masuk bola lambungan daripada Amri Yahya. Ia adalah kekalahan 3-1 kedua Pulau Pinang selepas tewas kepada Kelantan dalam perlawanan terdahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*