Home / Bola Sepak / Harimau Muda tumbangkan Garuda untuk kembali bertemu Australia di pentas akhir AFF B18

Harimau Muda tumbangkan Garuda untuk kembali bertemu Australia di pentas akhir AFF B18

Foto : Sportflex Malaysia

17 OGOS 2019, HO CHI MINH : Pasukan bola sepak Bawah 18 Tahun negara berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir AFF 2019 dengan menundukkan cabaran Indonesia menerusi jaringan 3-4 di Stadium Thanh Long.

Aiman Alif membuka tirai jaringan buat Malaysia pada minit ke-19 setelah berjaya menyambut biasan hasil tendangan percuma dari luar kotak penalti Indonesia.

Indonesia merapatkan jaringan menerusi Beckham Putra pada minit ke-44 perlawanan hasil umpanan lintang dari sebelah kiri pintu gawang Malaysia.

Penyerang sensasi Malaysia Luqman Hakim membuktikan ketajamannya dengan menjarakkan kedudukan hasil rembatan kencangnya dari luar kotak penalti pada minit ke-54.

Foto : Sportflex Malaysia

Indonesia masih tidak mahu mengaku kalah dan terus mengasak hasilnya jaringan penyamaan muncul pada minit ke-Fajar Fathur hasil kesilapan pertahanan negara yang terlalu membuka ruang kepada barisan hadapan Indonesia.

Indonesia terus agresif melancarkan serangan dan hasilnya berjaya mendahului Malaysia 3-2 pada minit ke-82 menerusi Salman Alfarid hasil rembatan di dalam kotak penalti dan terbias menerjah gawang Malaysia.

Foto : Sportflex Malaysia

Malaysia tidak mahu mengaku kalah berjaya menyamaan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh Harith Haikal pada minit ke-84 perlawanan hasil serangan balas pantas ke kubu Indonesia.

Kedudukan 3-3 memaksa perlawana dilangsungkan ke masa tambahan. Harith Haikal berjaya menjaringkan gol peribadanya seterusnya gol kemenangan buat Malaysia menerusi tandukan kencang berpunca dari sepakan percuma di sebelah kanan gawang Indonesia.

Tamat masa perlawanan berkedudukan 3-4 buat Malaysia untuk layak ke peringkat akhir Piala AFF B18 Tahun bertemu Australia yang berjaya menewaskan Myanmar 2-1.

Foto : Sportflex Malaysia