Home / Lain - Lain / Hafiz belum bersedia umumkan pasukan baru

Hafiz belum bersedia umumkan pasukan baru

Pelumba Motor GP negara Hafiz Syahrin Abdullah akui belum bersedia mengumumkan pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya musim hadapan.

Jelasnya ini adalah kerana dia ingin memberi tumpuan terhadap bagi 10 perlumbaan untuk musim ini.

Menurut Hafiz walaupun kontraknya tidak disambung oleh pasukan KTM Tech3 musim depan, namun dia tetap menghormati kontraknya bersama pasukan itu.

Sementara itu Litar Antarabangsa Sepang akui sudah bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan perlumbaan MotoGP November depan.