Home / Bola Sepak / Hadi perolehi suntikan motivasi

Hadi perolehi suntikan motivasi

Kredit Foto : Sportflex Malaysia

Penyerang muda negara Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak akui lebih bersemangat setelah berakhirnya cabaran Malaysia pada Kejohanan Bola Sepak AFF Bawah 22 Tahun.

Katanya dua jaringan yang disumbangkan sepanjang kempen di Kemboja menjadi suntikan motivasi merebut kesebelasan utama dalam pasukan Fagiano Okayama di Jepun yang diwakilinya.

Skuad negara gagal ke separuh akhir setelah tamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan dengan mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan 1 kalah.