Home / Bola Sepak / HADI FAYYADH KEKAL BERSAMA FAGIANO OKAYAMA UNTUK TAHUN KETIGA

HADI FAYYADH KEKAL BERSAMA FAGIANO OKAYAMA UNTUK TAHUN KETIGA

Penyerang Bola Sepak Kebangsaan Malaysia Bawah 23 Tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak akan terus kekal bersama Kelab Divisyen 2, Liga Bola Sepak Profesional Jepun (JLeague) Fagiano Okayama untuk tempoh masa setahun lagi.

Hadi terdahulu telah bersama kelab ini sejak Disember 2018 dan merupakan pemain Malaysia pertama yang bersama kelab Fagiano Okayama di Jepun.

Keputusan untuk menyambung kontrak Hadi Fayyadh bersama kelab itu di buat selepas pihak Fagiano OkayamH melihat potensi hadi sebagai seorang pemain penyerang semakin meningkat.

Sepanjang dua tahun bersama Fagiano, Hadi telah memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi latihan yang di jalankan dan juga di dalam perlawanan yang melibatkan kelabnya.

Hadi juga sentiasa mempamerkan semangat yang tinggi untuk terus meningkatkan potensi dirinya.Perkara ini di nyatakan oleh Pengurusan Kelab Fagiano Okayama kepada Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult Malaysia selaku individu yang membantu karier Hadi di sana.

“Pengurusan Pasukan memaklumkan kepada saya bahawa mereka membuat keputusan untuk menyambung kontrak Hadi bagi tempoh satu tahun lagi selepas melihat peningkatan mutu permainan yang di tunjukan oleh Hadi sepanjang tahun 2020.

Hadi juga sentiasa menunjukan displin yang baik sepanjang latihan serta sentiasa bersemangat tinggi”.

“Mereka percaya dengan memberikan peluang kepada beliau untuk terus bersama kelab itu akan dapat meningkatkan kemahiran yang beliau ada serta membantu kelab ini untuk terus memberikan aksi yang terbaik di dalam kejohanan liga pada musim akan datang”.

“Akan ada “perancangan istimewa” untuk Hadi bagi tahun 2021, namun masih lagi dalam perbincangan. Saya akan memaklumkan perkara ini kepada pihak Media apabila mendapat kebenaran dari Fagiano nanti”Sebagaimana pemain-pemain muda lain yang beraksi di Liga Profesional Jepun (J-League), kebiasaanya mereka akan mencapai tahap terbaik dalam karier mereka pada umur 24 dan 25 tahun. Oleh yang demikian, Hadi masih lagi mempunyai masa untuk menyinar di sana.

Sementara itu, Hadi Fayadh menyifatkan penyambungan tempoh kontraknya bersama Kelab Fagiano Okayama merupakan berita baik buat dirinya.

Beliau yakin dan percaya akan terus menggilap bakat diri serta memperbaiki kelemahan yang ada untuk menjadi seorang pemain bola professional yang lebih baik.

“Saya bersyukur dan gembira dengan berita ini. Saya ucapkan terima kasih kepada pengurusan kelab atas kepercayaan yang di berikan.

Terima kasih juga kepada pihak Yakult Malaysia yang sentiasa membantu sepanjang 2 tahun saya di sini. Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk meningkatkan potensi diri serta memperbaiki kelemahan yang ada. InshaAllah, tahun 2021 akan menjadi tahun yang terbaik untuk saya.