Home / Golf / GOLF BANDAR MALAYSIA OPEN 2020 AKAN BERLANGSUNG PADA 5 HINGGA 8 MAC 2020

GOLF BANDAR MALAYSIA OPEN 2020 AKAN BERLANGSUNG PADA 5 HINGGA 8 MAC 2020

Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor – Presiden MGA

Wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini tidak menjejaskan saingan Golf Bandar Malaysia Open 2020 yang akan berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club pada 5 hingga 8 Mac nanti.

Langkah berjaga-jaga akan diutamakan oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang kejohanan edisi ke-55 itu nanti.

Turut berlangsung pada majlis pelancaran sesi memperkenalkan penaja dan logo baharu kejohanan.

Pemain professional dari Asia dan pemain Jepun juga bakal menghangatkan saingan itu nanti di Lapangan Golf Kota Permai.

Kejohanan yang dikenali sebagai A World Class Professional Tournament itu akan berlangsung selama 4 hari bermula 5 Mac nanti menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM1.4 juta