Home / Golf / Golf antara Daerah Negeri Kedah beri nafas baru dalam memasyarakatkan sukan di Malaysia

Golf antara Daerah Negeri Kedah beri nafas baru dalam memasyarakatkan sukan di Malaysia

 

Para peserta Kejohanan Golf Antara Daerah Negeri Kedah bergambar sebelum memulakan permainan. ©SukanMalaysiaDotMY

Para peserta Kejohanan Golf Antara Daerah Negeri Kedah bergambar sebelum memulakan permainan. ©SukanMalaysiaDotMY

SUNGAI PETANI, 11 March 2017 : Nama-nama kelab Golf seperti TPC Kuala Lumpur, ELS CLUB, CLEAR WATER SANCTUARY, THE MINES dan lain-lain lagi membuktikan Malaysia adalah syurga golf bagi pemain-pemain golf di serata dunia samada pemain profesional mahupun pemain amatur.

Dengan jumlah pemain seramai 250,000 orang di 250 Padang Golf di seluruh negara, sukan Golf di Malaysia mempunyai komunitinya tersendiri. Kewujudan kejohanan profesional seperti Jelajah PGM yang dianjurkan setiap tahun membuktikan bahawa terdapat usaha ke arah meningkatkan imej sukan ini di hati rakyat Malaysia.

Bagi memasyarakatkan sukan golf agar menjadi salah satu sukan yang disanjungi oleh rakyat Malaysia dan seterusnya mampu melahirkan pemain-pemain profesional bertaraf dunia usaha perlu dimulakan daripada peringkat akar umbi dengan penganjuran pelbagai kejohanan di peringkat profesional ataupun amatur yang akan dapat menyatu padukan pemain-pemain golf di negeri Kedah.

Pemain golf tanpa mengira batasan umur bersaing bersama dalam kejohanan golf antara daerah. Gambar ©SukanMalaysiaDotMY

Pemain golf tanpa mengira batasan umur bersaing bersama dalam kejohanan golf antara daerah. Gambar ©SukanMalaysiaDotMY

Di atas rasa kesedaran inilah, sekumpulan kecil pemain tegar sukan golf di Kedah Darul Aman, memulakan usaha murni dengan menganjurkan Kejohanan golf antara daerah dimulakan buat pertama kalinya pada 4 Februari 2017 di Kelab Golf Darul Aman dengan penglibatan enam pasukan daripada pelbagai daerah secara ‘Ad Hoc’ serta mula mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari kalangan pemain-pemain golf negeri Jelapang Padi ini.

Jawatankuasa Ad Hoc yang diketuai oleh OCPD Kota Setar ACP Rozi Jidin, Encik Mohamad Rizal bin Mohamad Rodzi, Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah serta dinasihati oleh Dato Yusoff Md Shah Kapten Kelab Golf Darulaman kini sedang giat mengatur perancangan, penjenamaan dan perlaksanaan kejohanan yang julung-julung kali diadakan di Malaysia ini.

Menurut Encik Rizal Mohamad Radzi kejohanan ini adalah kesinambungan Sirkit Golf Remaja Kedah dimana ia merupakan satu usaha Majlis Sukan Negara (MSN) dalam mencari pemain-pemain muda di negeri Kedah yang berbakat untuk diketengahkan ke peringkat profesional pada suatu hari nanti. Fokus kepada kejohanan ini diperbesarkan kepada penyertaan terbuka daripada pemain-pemain golf di negeri Kedah.

Beliau juga menjangkakan penyertaan yang lebih banyak di kalangan pemain mewakili daerah dan kelab masing-masing yang akan memberi satu platform bagi membangunkan kualiti pemain yang kini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, latar belakang dan handicap biarpun buat masa ini kejohanan ini dianjurkan secara Adhoc.

Menurut ACP Rozi pula adalah menjadi harapan jawatankuasa penaja, kejohanan ini akan menjadi satu keunikan dalam Sukan Golf Negeri Kedah dimana pembangunan sukan dan penyatuan komuniti akan berjalan seiring seperti mana yang dipraktikkan di negara-negara yang telah melahirkan pemain Golf profesional bertaraf antarabangsa seperti Thailand dan Korea Selatan.

“Kita akan dapat melihat pemain-pemain daripada serata Negeri Kedah bermain di dalam satu kawasan dan tidak lagi hanya bermain di kelab ataupun daerah masing-masing. Inilah permulaan kepada satu usaha pembangunan sukan golf yang harus dilaksanakan sebelum kita meletakkan sasaran menjadikan golf sebagai sukan utama negara” ujarnya lagi.

Pemenang Kejohanan Golf Antara Daerah bergambar dengan piala pusingan yang dimenanginya. Gambar ©SukanMalaysiaDotMY

Pemenang Kejohanan Golf Antara Daerah bergambar dengan piala pusingan yang dimenanginya. Gambar ©SukanMalaysiaDotMY

Dengan gabungan kekuatan dan sumbangan pemain-pemain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang samada agensi swasta mahupun kerajaan, kejohanan ini akan menjadi kejohanan pertama yang dianjurkan serta diuruskan oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pemain golf sendiri.

Usaha ini dilakukan atas rasa minat dan mahu melihat sukan golf berkembang seperti sukan badminton dan skuash yang mengharumkan nama negara. Saya sendiri akan memantau dan menyumbang ke arah kemantapan pengurusan penganjuran kejohanan ini agar ianya benar-benar mampu memberi impak kepada pemain-pemain golf di negeri Kedah tambah Rizal.

Kejohanan kedua yang berlangsung pada 10 Mac 2017 di Havard Country Club membabitkan penglibatan sebelas pasukan daripada serata daerah Negeri Kedah menyaksikan peningkatan dalam penyertaan kejohanan ini.

Usaha murni ini seharusnya disambut dengan baik oleh 250,000 orang pemain golf di seluruh Malaysia kerana ianya merupakan satu langkah permulaan dalam menjenamakan sukan golf sebagai satu sukan pilihan rakyat Malaysia.

Adalah menjadi satu impian dan harapan nama-nama seperti Danny Chia, R.Nachimuthu, Sukree Othman dan Nicholas Fung diingati dan disebut-sebut oleh pelbagai lapisan rakyat Malaysia sebagai wira yang mampu melonjakkan imej sukan negara di mata dunia.