Home / Badminton / Goh Soon Huat-Shevon Lai tekad untuk cipta kejuaraan

Goh Soon Huat-Shevon Lai tekad untuk cipta kejuaraan

Regu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai  bertekad untuk lebih cemerlang pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Ini ekoran kejayaan mereka mara ke suku akhir Master Malaysia dan Master Indonesia serta melangkah ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Jerman dan All England sebelum ini.

Kedudukan mereka terkini berada di kedudukan ke-9 dunia juga menaikkan semangat mereka untuk meraih kejuaraan dalam Terbuka Malaysia.