Home / Badminton / Giliran Peng Soon dan Liu Ying tinggalkan BAM

Giliran Peng Soon dan Liu Ying tinggalkan BAM

Pemain badminton beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengambil keputusan untuk ‘berpisah’ dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bergerak secara professional.

Peng Soon berkata faktor usia merupakan sebab utama beliau mengambil keputusan bergerak secara professional dengan meninggalkan BAM. Fokus utamanya sekarang adalah untuk mencari penaja dan mengumpul mata bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Diantara kejohanan yang bakal disertai beliau ialah Kejohanan Masters Thailand, Masters Indonesia dan Masters Malaysia.

Sementara itu juara dunia remaja sebanyak dua kali, Liu Ying pula lebih memberi tumpuan kepada kelayakan Tokyo 2020 dan persiapan Sukan SEA di Filipina pada tahun hadapan.

Peng Soon dan Liu Yin yang meraih pingat perak beregu campuran Sukan Olimpik Rio 2016 berkata sekarang adalah masa yang sesuai untuk beliau dan pasangannya beranggapan keputusan berkenaan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.