Home / Bola Sepak / Gergasi Merah Tersungkur

Gergasi Merah Tersungkur

Penyerang Felda United, Makeche Ndumba cemerlang dengan kejayaan menjaringkan hatrik ketika Felda United membenam Selangor 4-0.

Penyerang Felda United, Makeche Ndumba cemerlang dengan kejayaan menjaringkan hatrik ketika Felda United membenam Selangor 4-0.

Shah Alam, 3 October 2014 : Impian pasukan Reds Giant untuk melangkah kaki ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2014 dilihat semakin sukar apabila dibelasah di gelanggang sendiri. Pasukan Selangor bagaikan tidak bermaya apabila tewas 0-4 kepada Felda United. Gol-gol Felda United dijaringkan oleh Makeche Ndumba (minit ke-22, 83 dan 85) dan Edward Junior Wilson (minit ke-45).

Penjaga gol Selangor, Farizal Marlias kecewa selepas dibolosi 4 gol ketika bertemu Felda United.

Penjaga gol Selangor, Farizal Marlias kecewa selepas dibolosi 4 gol ketika bertemu Felda United.

Dalam perlawanan lain yang berlangsung, Kelantan menewaskan Kedah 3-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV hasil dua jaringan oleh Francis Forkey Doe dan satu jaringan oleh Ahmad Fakri Shaarani. Gol tunggal Kedah dijaringkan oleh Syafiq Ahmad.

Di Kuantan, Pahang terikat 1-1 ketika bertemu PDRM manakala Terengganu pula mencatatkan keputusan seri 0-0 bertemu JDT di Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*