Home / Bola Sepak / FUTSAL KEBANGSAAN FAM-FELDA 2013/2014 – PKNS FC Kembali Bernafas

FUTSAL KEBANGSAAN FAM-FELDA 2013/2014 – PKNS FC Kembali Bernafas

17 Ogos 2013 PUCHONG : Skuad PKNS FC dipaksa bekerja keras oleh Pahang pada aksi kedua mereka dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan FAM-FELDA 2013/2014 petang tadi di KSL Sports Puchong, Selangor.
Gambar © Arena Futsal Malaysia
PKNS FC bermula garang apabila melakukan serangan bertali arus ke pintu gol Pahang dan hasilnya pada minit ke-19, gawang Pahang dibolosi hasil satu tendangan kencang pemain berjersi nombor 16 PKNS FC Awalludin.
Babak kedua permainan, Pahang kerap mengasak namun gagal mencipta jaringan. Hasil gerakan serangan balas yang menarik dari PKNS FC, Mohd Taufik Yaiyah berjaya menjaringkan gol buat PKNS FC selesa mendahului 2-0.
Pahang berjaya merapatkan kedudukan 3 minit selepas itu, namun pemain kebangsaan, Khairul Effendi Bahrin dari PKNS FC, melenyapkan sisa kebangkitan Pahang apabila mencetak gol ketiga PKNS FC.
Lain lain keputusan perlawanan ; 

Quilmes FC (4), Felda United (7)
Negeri Sembilan (5), Perlis (0)
Sabah terikat (5), KL KWSP (5)
 
Wartawan – Md Duang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*