Home / Bola Sepak / #finalpialaFA – FMLP tampil beri penjelasan isu tiket.

#finalpialaFA – FMLP tampil beri penjelasan isu tiket.

ceo_620_413_100

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam.

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2016 – Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam menyangkal kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa FMLLP menyekat keghairahan bola sepak tempatan dengan tidak lagi memperuntukan tiket bagi kategori kanak-kanak untuk perlawanan akhir Superbest Power Piala FA 2016, pada 14 Mei 2016 nanti. Beliau menegaskan adalah tidak wajar tuduhan sebegini dibuat hanya kerana FMLLP memperkenalkan satu kategori tiket.

“Sebelum ini kurang dari 3 peratus peruntukan tiket diberikan untuk kategori kanak-kanak daripada keseluruhan jumlah tiket yang dijual,” kata beliau.

Tambahnya, FMLLP sentiasa berusaha menjalankan pelbagai program untuk menarik golongan ini meminati bolasepak tempatan.

“Sebagai contoh untuk perlawanan akhir ini, kami anjurkan program khas buat 1,000 kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 6 hingga 12 tahun yang dibuka kepada semua secara percuma. Ini adalah inisiatif bersama rakan rasmi kami dalam menjayakan program ini.

Ujar beliau, kanak-kanak ini akan diberikan pendedahan dan merasai sendiri pengalaman secara dekat di Stadium Shah Alam pada hari perlawanan akhir Superbest Power Piala FA itu nanti.

AAEAAQAAAAAAAARrAAAAJDA1M2U4ZmJiLTA5MGUtNDE5Mi1iNWJhLTJkMTIxYzJlNjU2ZQ“Mereka akan berpeluang untuk melihat perjalanan di belakang tabir bagaimana perlawanan akhir itu berlangsung di samping berpeluang untuk berjumpa dengan para pemain.

Kevin berkata, program seumpama ini dilihat lebih efektif untuk memupuk minat di kalangan golongan ini berbanding hanya duduk di kerusi penonton sekaligus mencipta keghairahan kepada arena bola sepak tempatan.

Tambahnya tujuan program ini juga selari dengan kempen yang dijalankan oleh FMLLP iaitu #SayNoToHooliganism yang banyak berteraskan untuk mendidik penonton bola sepak supaya tidak melakukan perkara negatif yang melibatkan bola sepak.

Program tersebut akan bermula dari seawal jam 3 petang mengikut segmen yang telah disediakan dengan kerjasama penaja utama, Superbest Power.

Kevin turut menjelaskan harga tiket bagi perlawanan akhir itu ialah RM 50 dan bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun adalah percuma. 50,000 tiket telah diperuntukkan buat penyokong Johor Darul Ta’zim dan boleh mula dibeli dari 9 Mei hingga 11 Mei di Stadium Larkin.

Bagi penyokong PKNS FC pula, 10,000 tiket akan mula dijual di Stadium Shah Alam juga pada 9 Mei hingga 11 Mei. Untuk pembelian online, 10,000 tiket telah diperuntukkan dan akan dijual melalui www.tickethotline.com.my bermula 9 Mei jam 11 pagi.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan tuduhan yang kononnya FMLLP mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menaikkan harga tiket.

“Ini kerana hasil keuntungan daripada perlawanan akhir itu nanti akan diberikan juga kepada pasukan yang bertanding. Segala keuntungan yang diperolehi adalah demi kebaikan setiap pemegang taruh kami iaitu semua pasukan yang bertanding dalam liga kelolaan kami.