Home / Hoki / FIH batalkan penggunaan VAR

FIH batalkan penggunaan VAR

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia membantah keputusan Konfederasi Hoki Antarabangsa membatalkan penggunaan sistem VAR pada Kejohanan Final Hoki Siri Dunia.

Datuk Seri Subahan Kamal berkata perkara tersebut tidak masuk akal kerana sistem itu digunakan secara meluas termasuk pada Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

Namun keputusan yang dibuat oleh FIH itu disebabkan beberapa negara penganjur Siri Dunia tersebut tidak dapat menyediakan sistem yang sama.