Home / Bola Sepak / FELDA UNITED FC INTAI PELUANG TERBAIK MENJELANG PIALA MALAYSIA 2020

FELDA UNITED FC INTAI PELUANG TERBAIK MENJELANG PIALA MALAYSIA 2020

Felda United FC bertekad mencari penamat terbaik menerusi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula November ini sementara menunggu keputusan pemilik baharu.

Persiapan pasukan berada di dalam dilema akan masa depan sama ada kekal dalam Liga Malaysia atau tidak walaupun pasukan masih menjalankan latihan mengikut SOP yang dibenarkan.

Latihan pasukan yang berpusat di Bangi itu masih diadakan cuma masih mengikut prosedur operasi standard seperti yang dibenarkan dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang.

Fokus The Fighters adalah untuk mengintai peluang saingan Piala Malaysia dengan format baharu dengan pusingan kalah-mati diperkenalkan.

Dalam pada masa yang saya pasukan mengharapkan penularan Covid-19 di negara ini bertambah baik.

Perancangan musim 2021 Felda United diteruskan atau berkubur atau tidak masih belum diketahui dan bergantung kepada perancangan pemilik baharu.

Kebanyakan pemain dan pegawai pasukan Felda United mengikat kontrak dengan pengurusan sehingga November ini.