Home / Bola Sepak / FAM selar tindakan segelintir pemain

FAM selar tindakan segelintir pemain

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi

FAM selar tindakan segelintir pemain Perlis yang didakwa cuba memburuk-burukkan imej persatuan bola sepak negeri itu yang kini dalam fasa perubahan.

Timbalan Presiden Datuk Wira Yusoff Mahadi berkata isu tunggakan gaji yang cuba dimainkan oleh pemain daripada kelab Piala FAM itu sebenarnya sudah diperjelaskan oleh Liga Bola Sepak Malaysia.

Menurutnya MFL akan memotong geran tahunan PFA jika mereka gagal melunaskan tunggakkan dalam tempoh 60 hari bermula 28 Disember lalu.

Sehubungan itu beliau meminta pemain yang terlibat bersabar dan beri masa kepada pihak persatuan.

Sementara itu Persatuan Bola Sepak Perlis sahkan empat penaja mereka tarik diri susulan kemelut tersebut.