Home / Bola Sepak / FAM perkenalkan kejohanan bola sepak Piala Airmarine

FAM perkenalkan kejohanan bola sepak Piala Airmarine

Foto : Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperkenalkan kejohanan 4 penjuru yang dinamakan sebagai Piala AIRMARINE 2019 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil dari 20 dan 23 Mac 2019.

Malaysia akan mempertaruhkan skuad Harimau Malaya dibawah kendalian Tan Cheng Hoe kerana skuad bawah 23 tahun negara beralih fokus kepada persiapan untuk menghadapi kelayakan AFC B-23 bulan depan.

Kejohanan julung kali diadakan ini melibatkan penyertaan Malaysia,
Oman yang berada di ranking ke 90 dunia, Solomon Islands (143) dan Singapura (165).

Proses pengundian kejohanan dijangka berlangsung pada minggu hadapan dan mengikut format kalah mati dimana 4 pasukan akan berentap di perlawanan pertama pada 20 Mac. Penentuan tempat ke-3 dan aksi final pula dijadualkan berlangsung pada 23 Mac.

Undian kejohanan dijangka berlangsung pada minggu hadapan dan mengikut format kalah mati.  4 pasukan akan berentap di perlawanan pertama pada 20 Mac. Penentuan tempat ke-3 dan aksi final pula dijadualkan berlangsung pada 23 Mac.