Home / Bola Sepak / FAM LEGA DENGAN KEPUTUSAN KBS DAN MKN

FAM LEGA DENGAN KEPUTUSAN KBS DAN MKN

Pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Datuk Mod Yusoff Mahdi jelas lega apabila harapan melihat sukan bola sepak kembali di padang tercapai.

Bagi beliau peluang ini harus dimanfaatkan dengan baiknya oleh semua pasukan di Liga Malaysia sekaligus dapat menyediakan pemain yang berkualiti seterusnya dipanggil menyertai kem kebangsaan dalam masa terdekat.

Kebenaran yang diberikan kerajaan kepada semua pasukan Liga Malaysia termasuk pasukan kebangsaan menjalani latihan bermula 15 Jun ini sememangnya amat dinantikan.

Walaupun latihan hanya dibenarkan tanpa melibatkan sentuhan badan dengan pengutamaan SOP yang ketat yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Jelas Datuk Mohd Yusoff selepas sesi latihan dibenarkan harapannya kini hanya untuk melihat saingan liga pula disambung sekaligus memberi manfaat kepada pasukan di Liga M dan skuad kebangsaan yang dalam misi memburu tempat ke Piala Dunia dan Piala Asia yang dijadualkan bersambung pada Oktober ini.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi setiausa agungnya Stuart Ramalingam mengakui sudah mempunyai SOP bagi latihan pusat dengan pendekatan secara kuarantin akan dihantar ke KBS dalam masa terdekat.

Ia juga dirujuk berpandukan SOP sektor sukan dan rekreasi fasa 2 selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos.

Bagi ketua jurulatih Tan Cheng Hoe juga mengharapkan agar liga bersambung atau mengadakan sesi latihan secara tertutup bersama pasukan kebangsaan.