Home / Bola Sepak / FAM LAKSANAKAN PEMOTONGAN GAJI DEMI KESTABILAN KEWANGAN

FAM LAKSANAKAN PEMOTONGAN GAJI DEMI KESTABILAN KEWANGAN

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengambil langkah pemotongan gaji bagi memastikan kewangan badan induk bola sepak negara itu terus tadbir sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Bagaimanapun pemotongan ini akan dikuatkuasa sekiranya PKP fasa yang berakhir 14 April ini dilanjutkan kerajaaan.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan FAM pemotongan akan membabitkan semua kakitangan pentadbiran dan staff teknikal.

FAM turut sepakat akan mengambil tindakan ini sebagai jalan terakhir sekiaranya PKP terus disambung kerajaan selepas 14 April.

Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam menjelaskan kakitanga pentadbiran dan staff teknikal akan diminta membuat potongan gaji antara 10-20 % bergantung kepada jumlah gaji pokok masing-masing.

Ia merupakan beberapa langkah penjimatan yang dilakukan bagi memastikan kestabilan kewangan FAM.

Pengurusan jelasnya mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga kerja FAM atas komitmen mereka terhadap organisasi terutama pada tempuh yang sukar ini.

Sebelum ini pemerhati bola sepak dan pemain-pemain yang terkesan akibat pemotongan gaji apabila liga Malaysia ditunda ketika ini meminta FAM menunjukkan komitmen dan bersolidariti dengan mengambil langkah yang sama.