Home / Bola Sepak / FAM kecewa namun tidak anggap skuad B15 tahun kebangsaan gagal

FAM kecewa namun tidak anggap skuad B15 tahun kebangsaan gagal

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui kecewa skuad B15 tahun negara kandas di peringkat kelayakan Kejuaraan AFC yang berakhir baru-baru ini.

Secara keseluruhannya ia bukanlah dianggap satu kegagalan dengan melihat prestasi keseluruhan diiringi dengan kemampuan sebenar pemain-pemain negara.

Badan induk bola sepak negara itu terpaksa merangka perancangan baru memantapkan agenda pembangunan berterusan memandangkan terlepas ke pentas kompetitif tinggi pusingan akhir dijadualkan pada tahun depan yang menawarkan tempat ke Piala Dunia FIFA B17 tahun 2021.

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal yang turut mempengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menjelaskan skuad B15 tahun negara boleh dinilai dari banyak sudut.

Tanggapan bahawa Plan Jangka Pendek F30 badan induk bola sepak negara itu juga gagal berikutan sasaran ke peringkat akhir gagal ke Piala Dunia FIFA B17 tahun 2021juga disifatkan tidak tepat.

Menilai secara keseluruhan prestasi skuad B15 tahun negara bimbingan P.Maniam itu sebenarnya mempunyi rekod cemerlang sepanjang 20 perlawanan yang diharungi tahun ini.

Hanya kalah sekali dan seri empat manakala selebihnya menang termasuklah keatas pasukan besar Asia seperti Iran, Korea Utara dan Australia.

Cuma agak mengecewakan reputasi cemerlang selaku juara serantau iaitu AFF 2019 yang dikecapi pada Ogos gagal dikekalkan apabila kandas di peringkat kelayakan di pentas lebih tinggi iaitu Asia.

Skuad yang sama akan dikekalkan pada masa hadapan bersama barisan kejurulatihan bagi mengharungi program baru latihan dan juga pertandingan tempatan termasuk antarabangsa.